2012/11/29

Amalan Cara hidup sihat



AMALAN CARA HIDUP SIHAT


 
Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat supaya dapat memberi kebaikan terhadap diri sendiri mahupun keluarga. Terdapat banyak cara yang dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat antaranya jaga pemakanan, bersukan, senyum dan banyak lagi.

1.   Amalkan minum air suam
Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan di dalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat.


 
2.  Makan yang mencukupi
Makan dengan cukup tetapi tidak berlebihan, sebaliknya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Cara pemakanan yang betul serta dait seimbang amat penting bagi memastikan stamina sentiasa baik. Kita memerlukan makanan yang mencukupi dan berkhasiat seperti makan makanan yang mengandungi vitamin, karbohidrat dan kurangkan pemakanan yang tidak sihat seperti lemak. 

 

3.  Kurangkan tekanan
Meluangkan masa bersama keluarga amat diutamakan oleh kita sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hubungan yang terjalin rapat dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja. Di samping itu, kita boleh menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakan seperti melakukan aktiviti memancing, tengok wayang dan sebagai.

 

4.  Senaman
Pakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 puluh milit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Senaman baik untuk mengeluarkan peluh di samping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan kita.
 
5.  Aktiviti luar & riadah
Dengan menyertai aktiviti luar dan riadah, kita dapat lebih banyak bersosial dengan cara yang sihat dan tidak membuang masa sahaja. Kita harus menyertai aktiviti sebegini gaya hidup akan menjadi semakin bertambah sihat.



     6. Manjakan diri
Kadang-kadang kita perlukan manjakan diri di rumah dengan mengambil masa merendamkan diri di dalam tub mandi. Ia membantu kita bertambah sihat dan cergas. Tidur yang cukup selalu diamalkan supaya mendapatkan rehat yang secukupnya. 


7.  Jauhi rokok
Rokok mengandungi lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu dia ntaranya ternyata tidak baik untuk kesihatan seperti bahan redia aktif(palonium-201), tar, gas beracun dan banyak lagi. Bagi mereka yang sudah menghadapi ketagihan, pelbagai-bagai penyakit seperti kenser paru-paru,jantung dan sebagainya.
 





1 条评论:

  1. Maklumat yang manfaat~~
    Kita memerlukan kehidupan dan badan yang sihat.

    回复删除