2012/12/02

Rancangan Pengajaran Pendidikan Kesihatan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 5

Sekolah                       : Sekolah Jenis Kebangsaan Pui Ying, Klang
Mata Pelajaran            : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tunjang                      : 2. Gaya Hidup Sihat
Tajuk                           : 5.1 Pemakanan Sihat
Tarikh                          : 8 Oktober  2012
Masa                            : 8:40a.m. – 9:10a.m.
Tahun                         : 5K
Umur                          : 11 tahun
Bilangan Murid           : 25 orang
Objektif                      : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

Kognitif :
1.       Menamakan kumpulan makanan dan jenisnya.
2.      Membezakan makanan mengikut kumpulan makanan.

Afektif :
1.       Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti kumpulan.

Pengalaman sedia ada            : Murid-murid boleh menamakan jenis-jenis makanan
Penerapan nilai                       : Yakin kepada diri sendiri, Kebersihan diri, Bekerjasama.
EMK                                        : Keusahawanan
Penggabungjalinan                : Sains – Piramid Makanan
Bahan Bantu Mengajar          : Gambar,
Jadual kumpulan makanan, Kertas lembaran kerja,
  Kad manila, Papan putih, Buku Teks
Tempat                                   : Kelas 5K

 
LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P & P
CATATAN

Set Induksi

2  minit
Pengenalan kepada maksud pemakanan sihat.

Gambar A

Gambar B

Gambar C

1.       Guru menunjukkan tiga gambar kepada murid-murid.
2.      Murid-murid  meneliti gambar yang ditunjukkan.
3.      Guru mengadakan sesi soal jawab.
4.      Murid-murid  memberi pelbagai jawapan mengikut pendapat masing-masing.
5.      Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang gambar tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

Soalan:
1.       Mengapakah budak-budak ini berbadan gemuk, normal dan kurus?
Budak gambar A makan terlalu banyak makanan yang berlemak.

Budak gambar B makan makanan yang berkhasiat.

Budak gambar C  makan makanan yang tidak seimbang/terlalu memilih makanan.
ABM
Gambar

Penerapan Nilai
Kebersihan diri

KBKK
Banding beza

Menerang sebab

Perkembangan

Langkah 1

5 minit

Mengenal pasti jenis makanan mengikut kumpulan makanan.

Jadual Kumpulan Makanan
KUMPULAN MAKANAN
CONTOH MAKANAN
Karbohidrat
bijirin, beras, roti, mi,
Protein
daging, ayam, keju, kekacang
Lemak
minyak, kek, mentega, santan
Vitamin dan Mineral
buah-buahan, sayur-sayuran
1.       Guru memaparkan Jadual Kumpulan Makanan di papan hitam.
2.      Guru menerangkan kepada murid-murid  bahawa makanan boleh dibahagikan mengikut  kumpulan makanan.
3.      Murid-murid  mendengar penerangan guru dengan teliti.
4.      Guru meminta murid-murid  memberikan contoh makanan yang lain mengikut kumpulan makanan yang ditunjukkan.
5.      Murid memberi jawapan yang pelbagai untuk menjawab  soalan yang  dikemukakan.
ABM
Jadual kumpulan makanan

Buku Teks (halaman 113)

Penerapan Nilai
Yakin pada diri sendiri

KBKK
Membuat kategori

Langkah 2

5 minit
Mengenal pasti definisi makanan seimbang.

Mengaitkan pelbagai jenis makanan dengan makanan seimbang.
1.       Guru menerangkan kepada murid-murid  definisi makanan seimbang.
2.      Murid-murid  mendengar penerangan guru dengan teliti.
3.      Guru memaparkan gambar di papan hitam sambil membuat penerangan jelas.

ABM
Gambar

Buku Teks (halaman 114)








Langkah 3

10 minit
Aktiviti Kumpulan
Gambar makanan dilekatkan pada pinggan besar.

Arahan aktiviti
Murid-murid membuat perbincangan untuk membezakan makanan mengikut kumpulan makanan.


Hasil Kerja Kumpulan

Karbohidrat

roti
nasi
mi


Protein

ayam
ikan
susu
telur
Lemak

mentega
Ais krim
chocolate

Vitamin & Mineral
sawi
apple
oren
kobis
1.       Guru membahagikan murid-murid  kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai lima orang murid.
2.      Guru mengedarkan gambar pinggan besar yang dipenuhi oleh gambar makanan yang berbeza kepada setiap kumpulan.
3.      Murid-murid  dikehendaki membuat perbincangan dalam kumpulan.
4.      Murid-murid  bekerjasama untuk  menghasilkan kerja kumpulan mereka.
5.      Murid-murid  memaparkan hasil perbincangan kumpulan mereka di papan hitam.
6.      Guru memanggil setiap wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk membuat penerangan.
 
ABM
Gambar
Papan putih

Penerapan nilai
Bekerjasama

Yakin pada diri sendiri


KBKK
Banding  beza

Langkah 4

5 minit
Latihan Pengukuhan
Seperti ditunjukkan di lampiran.
1.       Guru mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-murid.
2.      Murid-murid menyiapkan latihan secara individu di dalam lembaran kerja yang disediakan mengikut masa yang ditentukan.
3.      Guru meronda kelas untuk memantau kerja murid-murid dalam lembaran kerja.
4.      Murid-murid menghantar lembaran kerja kepada guru.
ABM
Kertas Lembaran kerja

Penutup

3 minit
Rumusan
Guru merumuskan tajuk pelajaran dengan menerangkan Piramid Makanan.

Guru menyatakan kesan negatif akibat mengambil makanan tidak seimbang
Keusahawan ( EK5 )
Murid mempunyai tingkah laku bertanggungjawab kepada masyarakat supaya menjadi warganegara yang mempunyai integriti yang tinggi, bersifat patriotik dan tidak mementingkan diri sendiri.
1.       Guru merumuskan tajuk pelajaran sambil memaparkan Poster  Piramid  Makanan
2.      Murid-murid  mendengar rumusan guru dengan teliti.
3.      Guru menekankan kepentingan nilai moral dalam konteks keusahawanan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.
ABM
Poster
Piramid
Makanan

Penerapan nilai
Kebersihan diri

Penggabungjalinan
Ilmu
Sains
-Piramid Makanan


EMK
Keusahawan
( EK5 )

7 条评论: