Tips Untuk Menjauhkan Diri Dari Bahaya Rokok
Tips untuk mencegah dan menjauhkan diri dari rokok:
1.
Fahami
ketertarikan yang dapat ditimbulkan oleh rokok.
Remaja-remaja melihat rokok sebagai suatu bentuk
pemberontakan atau sebagai cara untuk dapat diterima oleh teman-temannya. Untuk
mengetahui lebih jelas ajaklah anak berdiskusi mengenai rokok termasuk
pandangannya mengenai rokok tersebut.
2. Katakan tidak pada rokok.
Remaja-remaja harus katakan “tidak” pada rokok dan tidak
mudah dipengaruhi oleh orang lain yang cuba untuk mengajaknya merokok.
3.
Berikan
contoh yang baik.
Anak biasanya akan meniru tindakan orang terdekatnya,
jadi apabila orang tua melarang anaknya untuk merokok, sebaiknya mereka turut
tidak mengkonsumsi rokok.
4. Rokok bukanlah hal yang membanggakan.
Tunjukkan pada anak bahawa merokok bukanlah sesuatu hal yang
dapat dibanggakan. Rokok dapat membuat nafas menjadi bau, membuat gigi menjadi
kuning, menyebabkan batuk & kehilangan tenaga untuk dapat melakukan
aktifitas olahraga ataupun kegiatan lain.
5. Rokok membuang wang.
Merokok merupakan hal yang mahal. Bantu anak untuk
menghitung pengeluaran yang harus dilakukan apabila mengkonsumsi rokok selama
seminggu, sebulan ataupun setahun. Bandingkan wang tersebut dengan barang
elektronik ataupun barang lain yang dapat diperoleh apabila tidak merokok.
6.
Tangani
kecanduan akibat rokok dengan serius.
Banyak remaja yang percaya bahawa mereka dapat berhenti
merokok pada bila-bila masa, tetapi kenyataannya nikotin dapat membuat mereka
menjadi kecanduan.
7. Berikan gambaran mengenai masa
depan mereka.
Anak-anak cenderung percaya bahawa mereka tidak akan terkena
dampak buruk dari rokok. Tetapi masalah kesihatan seperti kancer, serangan
jantung & stroke sangat beresiko dialami oleh mereka yang merokok. Berilah
contoh orang yang anda kenal yang menderita kerana rokok.
8. Ikut terlibat secara aktif
dalam kegiatan baik.
Aktifkan diri untuk terlibat dalam kegiatan pencegahan rokok
baik di sekolah ataupun lingkungan rumah.
9. Elakkan diri bergaul dengan
golongan perokok.
Hindari
para perokok terutama teman-teman bergaul yang sering merokok. Bergaulah dengan
anak bukan perokok atau sudah berhenti merokok
Maklumat yang sungguh berguna kepada mereka yang merokok. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
回复删除terima kasih
删除Infomasi yang berguna. terima kasih kerana berkongsi.
回复删除sangat sesuai untuk murid
回复删除terima kasih, berharap mereka boleh menjauhi diri daripada merokok
删除