2012/12/04

Tips Untuk Jauhi Rokok


Tips Untuk Menjauhkan Diri Dari Bahaya Rokok



Tips untuk mencegah dan menjauhkan diri dari rokok:

1.   Fahami ketertarikan yang dapat ditimbulkan oleh rokok.
Remaja-remaja melihat rokok sebagai suatu bentuk pemberontakan atau sebagai cara untuk dapat diterima oleh teman-temannya. Untuk mengetahui lebih jelas ajaklah anak berdiskusi mengenai rokok termasuk pandangannya mengenai rokok tersebut.


2.  Katakan tidak pada rokok.
Remaja-remaja harus katakan “tidak” pada rokok dan tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain yang cuba untuk mengajaknya merokok.

3.   Berikan contoh yang baik.
 Anak biasanya akan meniru tindakan orang terdekatnya, jadi apabila orang tua melarang anaknya untuk merokok, sebaiknya mereka turut tidak mengkonsumsi rokok.

4.  Rokok bukanlah hal yang membanggakan.
Tunjukkan pada anak bahawa merokok bukanlah sesuatu hal yang dapat dibanggakan. Rokok dapat membuat nafas menjadi bau, membuat gigi menjadi kuning, menyebabkan batuk & kehilangan tenaga untuk dapat melakukan aktifitas olahraga ataupun kegiatan lain.

5.  Rokok membuang wang.
Merokok merupakan hal yang mahal. Bantu anak untuk menghitung pengeluaran yang harus dilakukan apabila mengkonsumsi rokok selama seminggu, sebulan ataupun setahun. Bandingkan wang tersebut dengan barang elektronik ataupun barang lain yang dapat diperoleh apabila tidak merokok.

6.   Tangani kecanduan akibat rokok dengan serius.
Banyak remaja yang percaya bahawa mereka dapat berhenti merokok pada bila-bila masa, tetapi kenyataannya nikotin dapat membuat mereka menjadi kecanduan.

7.  Berikan gambaran mengenai masa depan mereka.
Anak-anak cenderung percaya bahawa mereka tidak akan terkena dampak buruk dari rokok. Tetapi masalah kesihatan seperti kancer, serangan jantung & stroke sangat beresiko dialami oleh mereka yang merokok. Berilah contoh orang yang anda kenal yang menderita kerana rokok.


8.  Ikut terlibat secara aktif dalam kegiatan baik.
Aktifkan diri untuk terlibat dalam kegiatan pencegahan rokok baik di sekolah ataupun lingkungan rumah.

9.  Elakkan diri bergaul dengan golongan perokok.
Hindari para perokok terutama teman-teman bergaul yang sering merokok. Bergaulah dengan anak bukan perokok atau sudah berhenti merokok

5 条评论:

  1. Maklumat yang sungguh berguna kepada mereka yang merokok. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    回复删除
  2. Infomasi yang berguna. terima kasih kerana berkongsi.

    回复删除
  3. sangat sesuai untuk murid

    回复删除
    回复
    1. terima kasih, berharap mereka boleh menjauhi diri daripada merokok

      删除