2012/12/08

Badan Beruniform


Kepentingan Menyertai Badan Beruniform

Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk  melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform, seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.


Kegiatan badan beruniform sangat maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan.

Badan beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang berwibawa.  Melalui kegiatan dalam pasukan  beruniform, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya.

Lazimnya, pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kegiatan  tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi.  Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga.

Badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta.  Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial.

Semasa menjalankan kegiatan, pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,  tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

4 条评论:

  1. Setuju. Kebanyakan ibu bapa kurang memberi sokongan kepada aktiviti ko-kurikulum kerana mereka tidak ingin anak-anak merasa susah, dan ada juga yang lebih mementingkan akademik anak daripada aktiviti ko-kurikulum. Satu langkah untuk mewujudkan kesedaran ibu bapa haruslah diadakan agar kepentingan ko-kurikulum dapat dilaksanakan. Pada pendapat saya, bengkel-bengkel yang melibatkan ibu bapa merupakan cara yang baik kerana melalui penyertaan mereka sendiri akan dapat memberi kesedaran yang mendalam mengenai kebaikan anak-anak mereka akan dapat dengan mengikuti program-program dalam persatuan.

    回复删除