2012/12/11

Lagu 1 Murid 1 Sukan



Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1 Bangsa Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang

Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu  Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan

Ciptaan: Abdul Razak Abd Rahman


Badan Sihat Otak Cergas


Tubuh badan yang sihat adalah amat penting di dalam memastikan kita juga mempunyai minda yang cerdas. Senaman adalah satu aktiviti yang perlu dilakukan bagi menjamin kesihatan yang baik.

Jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai yang sudah tidak memberikan perhatian kepada senaman. Rakyat Malaysia pula sudah mempunyai peratusan yang kritikal iaitu lebih 30% diklasifikan sebagai obesiti. Masalah penyakit kritikal seperti lemah jantung, kencing manis dan juga darah tinggi sudah sinonim dengan mereka yang telah berusia. Perkara ini haruslah kita perhatian yang serius.


Jangan lupa untuk melakukan aktiviti senaman seperti jogging. Berjogginglah selama 45 minit, tiga kali seminggu minimum. Pastikan tubuh badan kita juga sihat dengan pemakanan yang seimbang. Amalkan pemakanan yang baik dan “makanlah untuk hidup”.


2012/12/08

Badan Beruniform


Kepentingan Menyertai Badan Beruniform

Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk  melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform, seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.


Kegiatan badan beruniform sangat maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan.

Badan beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang berwibawa.  Melalui kegiatan dalam pasukan  beruniform, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya.

Lazimnya, pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kegiatan  tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi.  Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga.

Badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta.  Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial.

Semasa menjalankan kegiatan, pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,  tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Senaman Regangan


Senaman Regangan Melegakan Badan

 

 

Senaman regangan ini merupakan latihan yang perlu dilakukan sebelum berjoging kerana memberi kelegaan kepada sendi dan otot malah menyegarkan semula minda apabila oksigen disedut masuk ke dalam paru-paru seterusnya ke otak.


Contoh Senaman Regangan;
Regangan otot lengan (triceps)


- Berdiri tegak.
- Bengkokkan tangan di atas kepala dengan siku menghala ke atas.
- Gunakan tangan yang satu lagi untuk menolak siku ke bawah.
- Biarkan selama 10 hingga 30 saat.
- Kemudian tukar kepada tangan sebelah lagi.
- Rasakan regangan pada bahagian triceps.

Tip: Luruskan badan semasa regangan dan pastikan dagu ditegakkan.

Regangan otot paha (quadriceps)


- Duduk.
- Bengkokkan lutut  dan pegang hujung jari kaki dengan tangan.
- Bengkokkan kaki dengan rapat ke badan.
- Kekalkan kedudukan selama 30 saat.
- Kembali kepada kedudukan berdiri tegak.
- Ulang senaman yang sama pada kaki sebelah lagi.
- Buat sebanyak 10 kali pada setiap kaki.

 
Regangan otot betis (calf)


- Letak sebelah kaki di belakang dan sebelah lagi di depan.
- Pastikan kaki belakang lurus dan kaki depan dibengkokkan sedikit.
- Biarkan selama 10 saat.
- Ulang pada kali sebelah lagi.
- Lakukan sebanyak 15 hingga 20 kali pada setiap kaki.