2012/12/01

Obesiti Kanak-kanak


MAKANAN SEGERA PUNCA OBESITI KANAK-KANAK

Lebih daripada 76% kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain komputer. Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia,  Dato’ Liow Tiong Lai. Akibat daripada tabiat tersebut, di samping kurang bersenam, menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius.
          Burger merupakan makanan segera yang paling digemari oleh kanak-kanak. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa nasi lemak, mi goreng dan nasi ayam merupakan makanan kantin yang paling disukai oleh pelajar sekolah. Makanan segera yang popular bagi kanak-kanak merupakan burger, ayam goreng dan pizza.
          Makanan segera yang berleluasa di Malaysia telah menjadi makanan kegemaran kepada kanak-kanak. Di samping itu, iklan tentang makanan segera telah memupuk corak makanan segera dalam kalangan kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.
             Cara pemakanan dan corak kehidupan yang tidak sihat merupakan dua isu penting dalam masalah kegemukan kanak-kanak
              Walau bagaimanapun, pendidikan merupakan cara yang paling berkesan untuk mendidik kanak-kanak tentang diet yang sihat. Kesimpulannya, pendidikan tentang amalan pemakanan sihat perlu bermula di rumah.

没有评论:

发表评论