Kepentingan Menyertai Badan Beruniform
Kokurikulum
merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan
negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform,
seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit
Merah dan sebagainya.
Kegiatan
badan beruniform sangat maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam
kalangan pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu
mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan.
Badan
beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang
berwibawa. Melalui kegiatan dalam pasukan beruniform, pelajar telah
dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada
sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah
diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah,
dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya.
Lazimnya,
pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau
kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau
ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu
menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga.
Badan
beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan
peserta. Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri
dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial.
Semasa
menjalankan kegiatan, pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,
tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah.
nice blog! thanks for sharing!
回复删除Setuju. Kebanyakan ibu bapa kurang memberi sokongan kepada aktiviti ko-kurikulum kerana mereka tidak ingin anak-anak merasa susah, dan ada juga yang lebih mementingkan akademik anak daripada aktiviti ko-kurikulum. Satu langkah untuk mewujudkan kesedaran ibu bapa haruslah diadakan agar kepentingan ko-kurikulum dapat dilaksanakan. Pada pendapat saya, bengkel-bengkel yang melibatkan ibu bapa merupakan cara yang baik kerana melalui penyertaan mereka sendiri akan dapat memberi kesedaran yang mendalam mengenai kebaikan anak-anak mereka akan dapat dengan mengikuti program-program dalam persatuan.
回复删除