Orang
ramai perlu berhati-hati apabila mengambil minuman 3 dalam 1 Pengambilan
minuman ini yang berlebihan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan.
Dr
Roslee Rajikan, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan
Malaysia menyatakan bahawa apabila minuman 3 dalam 1 dibancuh, pengguna tidak
dapat mengawal kandungan gula dalam pek minuman 3 dalam 1 itu jika dibanding
dengan cara pembancuhan tradisional.
Ini
adalah kerana kandungan gula dalam minuman 3 dalam 1 telahpun ditetapkan, dan
biasanya mengandungi peratusan gula yang tinggi.
Jika
minuman 3 dalam 1 ini diambil sekali sekala, ia tidak menimbulkan masalah.
Tetapi, jika diambil 5 – 6 kali sehari, masalah berkaitan dengan kesihatan akan
timbul.
Kebelakangan
ini, pelbagai kempen kesedaran pengurangan gula telah diadakan oleh sektor
kerajaan dan sektor swasta. Namun pendidikan pengguna tentang pengurangan gula
masih merupakan tugas yang sukar dilaksanakan.
Thanks for sharing... . Is better to reduce the quantities of taking 3 in 1 drinks from now onwards...
回复删除maklumat tepat dan jelas.
回复删除Blog yang sangat menarik, cantik dan 1maklumat sangat jelas dan cukup!
回复删除