RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 5
Sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan Pui Ying, Klang
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tunjang : 2. Gaya Hidup Sihat
Tajuk : 5.1 Pemakanan Sihat
Tarikh : 8 Oktober 2012
Masa : 8:40a.m. – 9:10a.m.
Tahun : 5K
Umur : 11 tahun
Bilangan Murid : 25 orang
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
Kognitif :
1.
Menamakan
kumpulan makanan dan jenisnya.
2.
Membezakan
makanan mengikut kumpulan makanan.
Afektif :
1. Menunjukkan sikap bekerjasama dengan
ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti kumpulan.
Pengalaman
sedia ada : Murid-murid boleh
menamakan jenis-jenis makanan
Penerapan nilai : Yakin kepada diri sendiri, Kebersihan diri, Bekerjasama.
Penerapan nilai : Yakin kepada diri sendiri, Kebersihan diri, Bekerjasama.
EMK : Keusahawanan
Penggabungjalinan
: Sains – Piramid Makanan
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, Jadual kumpulan makanan, Kertas lembaran kerja,
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, Jadual kumpulan makanan, Kertas lembaran kerja,
Kad manila, Papan putih, Buku Teks
Tempat
: Kelas
5K
LANGKAH/ MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI P & P
|
CATATAN
|
||||||||||
Set Induksi
2 minit
|
Pengenalan
kepada maksud pemakanan sihat.
Gambar
A
Gambar
B
Gambar
C
|
1.
Guru menunjukkan tiga gambar kepada
murid-murid.
2.
Murid-murid meneliti gambar yang ditunjukkan.
3.
Guru mengadakan sesi soal jawab.
4.
Murid-murid memberi pelbagai jawapan mengikut pendapat
masing-masing.
5.
Guru memberi penerangan kepada murid-murid
tentang gambar tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
Soalan:
1.
Mengapakah budak-budak ini berbadan
gemuk, normal dan kurus?
Budak gambar A makan terlalu
banyak makanan yang berlemak.
Budak gambar B makan
makanan yang berkhasiat.
Budak gambar C makan makanan yang tidak seimbang/terlalu
memilih makanan.
|
ABM
Gambar
Penerapan Nilai
Kebersihan
diri
KBKK
Banding
beza
Menerang
sebab
|
||||||||||
Perkembangan
Langkah 1
5 minit
|
Mengenal
pasti jenis makanan mengikut kumpulan makanan.
Jadual
Kumpulan Makanan
|
1.
Guru memaparkan Jadual Kumpulan
Makanan di papan hitam.
2.
Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa makanan boleh dibahagikan mengikut kumpulan makanan.
3.
Murid-murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
4.
Guru meminta murid-murid memberikan contoh makanan yang lain mengikut
kumpulan makanan yang ditunjukkan.
5.
Murid memberi jawapan yang pelbagai untuk
menjawab soalan yang dikemukakan.
|
ABM
Jadual
kumpulan makanan
Buku
Teks (halaman 113)
Penerapan Nilai
Yakin
pada diri sendiri
KBKK
Membuat
kategori
|
||||||||||
Langkah 2
5 minit
|
Mengenal
pasti definisi makanan seimbang.
Mengaitkan
pelbagai jenis makanan dengan makanan seimbang.
|
1.
Guru menerangkan kepada murid-murid definisi makanan seimbang.
2.
Murid-murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
3.
Guru memaparkan gambar di papan hitam
sambil membuat penerangan jelas.
|
ABM
Gambar
Buku
Teks (halaman 114)
|
||||||||||
Langkah 3
10 minit
|
Aktiviti
Kumpulan
Gambar
makanan dilekatkan pada pinggan besar.
Arahan
aktiviti
Murid-murid
membuat perbincangan untuk membezakan makanan mengikut kumpulan makanan.
Hasil Kerja Kumpulan
|
1.
Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan
mempunyai lima orang murid.
2.
Guru mengedarkan gambar pinggan besar
yang dipenuhi oleh gambar makanan yang berbeza kepada setiap kumpulan.
3.
Murid-murid dikehendaki membuat perbincangan dalam
kumpulan.
4.
Murid-murid bekerjasama untuk menghasilkan kerja kumpulan mereka.
5.
Murid-murid memaparkan hasil perbincangan kumpulan
mereka di papan hitam.
6.
Guru memanggil setiap wakil kumpulan tampil
ke hadapan untuk membuat penerangan.
|
ABM
Gambar
Papan
putih
Penerapan nilai
Bekerjasama
Yakin
pada diri sendiri
KBKK
Banding beza
|
||||||||||
Langkah 4
5 minit
|
Latihan Pengukuhan
Seperti
ditunjukkan di lampiran.
|
1.
Guru mengedarkan kertas lembaran
kerja kepada murid-murid.
2.
Murid-murid menyiapkan latihan secara
individu di dalam lembaran kerja yang disediakan mengikut masa yang
ditentukan.
3.
Guru meronda kelas untuk memantau
kerja murid-murid dalam lembaran kerja.
4.
Murid-murid menghantar lembaran kerja
kepada guru.
|
ABM
Kertas
Lembaran kerja
|
||||||||||
Penutup
3 minit
|
Rumusan
Guru
merumuskan tajuk pelajaran dengan menerangkan Piramid Makanan.
Guru menyatakan kesan negatif akibat
mengambil makanan tidak seimbang
Keusahawan ( EK5 )
Murid
mempunyai tingkah laku bertanggungjawab kepada masyarakat supaya menjadi
warganegara yang mempunyai integriti yang tinggi, bersifat patriotik dan
tidak mementingkan diri sendiri.
|
1.
Guru merumuskan tajuk pelajaran sambil memaparkan Poster Piramid
Makanan
2.
Murid-murid mendengar rumusan guru dengan teliti.
3.
Guru menekankan kepentingan nilai
moral dalam konteks keusahawanan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
harian.
|
ABM
Poster
Piramid
Makanan
Penerapan nilai
Kebersihan
diri
Penggabungjalinan
Ilmu
Sains
-Piramid
Makanan
EMK
Keusahawan
( EK5 )
|
Rph yang lengkap dan bagus!
回复删除RPH yang bagus. Terima kasih kerana sanggup berkongsi.
回复删除Rekaan yang kemas dan jelas, berusaha lagi.......
回复删除very resourceful
回复删除thanks for sharing
keep it up
thanks
删除helpfully RPH..thanks
回复删除SANGAT MEMBANTU
回复删除