2012/12/01

Minuman 3 Dalam 1 Memudaratkan Kesihatan


MINUMAN 3 DALAM 1 YANG TIDAK TERKAWAL MEMUDARATKAN KESIHATAN

         Orang ramai perlu berhati-hati apabila mengambil minuman 3 dalam 1 Pengambilan minuman ini yang berlebihan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan.

        Dr Roslee Rajikan, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa apabila minuman 3 dalam 1 dibancuh, pengguna tidak dapat mengawal kandungan gula dalam pek minuman 3 dalam 1 itu jika dibanding dengan cara pembancuhan tradisional.

        Ini adalah kerana kandungan gula dalam minuman 3 dalam 1 telahpun ditetapkan, dan biasanya mengandungi peratusan gula yang tinggi.

       Jika minuman 3 dalam 1 ini diambil sekali sekala, ia tidak menimbulkan masalah. Tetapi, jika diambil 5 – 6 kali sehari, masalah berkaitan dengan kesihatan akan timbul.

        Kebelakangan ini, pelbagai kempen kesedaran pengurangan gula telah diadakan oleh sektor kerajaan dan sektor swasta. Namun pendidikan pengguna tentang pengurangan gula masih merupakan tugas yang sukar dilaksanakan.


3 条评论:

  1. Thanks for sharing... . Is better to reduce the quantities of taking 3 in 1 drinks from now onwards...

    回复删除
  2. Blog yang sangat menarik, cantik dan 1maklumat sangat jelas dan cukup!

    回复删除